Friday, September 09, 2011

Laman Saya

Laman saya kecik. Laman saya takde ruang besar2 nak tanam pokok besar. Isteri saya suka makan durian. Tapi saya tidak akan tanam pokok durian di depan rumah saya. Jadi, saya tanam sayur-sayuran.

Saya tanam sayur 4 jenis. Saya beli benih dari pasaraya Tesco. Tanah turut di beli dari sana. Saya tidak beli tanah dari sungai buloh kerana, sungai buloh sangat jauh. Meskipun tanah tesco mahal sikit, tapi cuma mahal due posen. Oleh itu, saya tak kesah.

Idea asal saya di peroleh dari internet. Saya lihat ianya sungguh cantik (kalau jadi laa, kalau tak jadi, ‘aiseyy’ laa…).

Saya bukan pemilik gambar ini, saya juga gunakan gambar ini tanpa kebenaran pemilik asal.

Jadi, lokasi dia, saya pon tgh pk….

Saya bukan pemilik gambar ini, saya juga gunakan gambar ini tanpa kebenaran pemilik asal.

OK, so project saya bermula dengan ‘test-power’ samada jadi ke tak aku tanam pokok cili…

Jadi! Heheheh…so mulakan…

Mari bertukang…..

Kayu : 6” x 3/4”x 4’ – 2 pcs

6” x 3/4” x 2’ – 4 pcs

2” x 1” x 1’ – 2pcs

Paku…hammer…L-square…jigsaw…file/kikir. Owh ye, measurement tape. Cun…!

Ketuk-ketuk, kung-kang-kung-kang…siap…


Terima kasih kepada pak ndak zainal atas khidmat nasihat dan sponser polybeg…dan pak ngah n mak ngah (taman merdeka) yang turut memberi sedikit plastic black shade yang sangat-sangat berfaedah untuk project ini. Memang boleh beli sendiri tapi, ish, tak baper nak reti sebelum nih. Skang dah pandai sikit sebab dapat khidmat nasihat pakar yang telah terbukti kejayaan mereka dalam bidang menanam nih. Hehehe…kerana mereka, motivasi saya bertambah-tambah nak pastikan benda ni menjadi. Oyeah…hujung minggu nih proses transfer anak pokok…mintak2 semuanya slamat2 belaka…

P/s : sambungan seterusnya adalah, kayu 3" x 3/4" untuk buat top dia. dan transfer pokok...

Dari kanan depan, pokok kangkung, kacang panjang (kanan atas), sawi, cili, pokok duit2 (sebok nak interframe gak...dia pon baru nk tumbuh gak, walaupon dah dua tahun kat situh...).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.